Bismillahirahmanirrahim….Assalamualaikum wahai semua hamba
Allah…jumpa lagi kita ye… Entri kali ni merupakan entri yang ketiga dan
merupakan entri yang terakhir untuk subjek pengantar penulisan… Isu yang
dipilih kali ini merupakan isu yang sentiasa berulanag-ulang. Hal ini adalah
kerana isu ini masih berterusan malah makin teruk dari hari ke hari iaitu
masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin meruncing dan kesan-kesannya.
Berbagai
ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam
masyarakat kita khasnya dalam kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil anak luar
nikah yang diikuti dengan pembuangan bayi di dalam tong sampah, penderaan,
gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah
kepada mat rempit. Isu-isu remaja seperti ini semakin banyak dilaporkan di dada-dada
akhbar dan televisyen.
Terdapat pelbagai faktor dan punca
yang menyebabkan isu ini masih berterusan sehingga ke hari ini. Antara
punca-puncanya ialah:
- 1. Media Massa
Dalam
era globalisasi kini, peranan media massa menjadi antara punca utama yang
menyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja. Teknologi
yang serba canggih dari semasa ke semasa memudahkan remaja untuk mendapatkan
pelbagai maklumat. Maklumat daripada teknologi ini ada yang negatif dan
positif. Walaubagaimanapun, remaja kini lebih tertarik kepada maklumat negatif seperti
filem dari barat yang mempunyai unsur-unsur negatif yang mempengaruhi remaja di
Malaysia. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan mencuba sendiri
mengikut apa yang ditonton. Hal ini akan menyebabkan remaja terjebak ke dalam
gejala sosial yang tidak sihat.
- 2. Internet
Internet amat penting dalam pembangunan bangsa dan
negara. Ia mengandungi banyak maklumat yang dapat membantu pembangunan negara.
Walau bagaimanapun, diantara maklumat yang terdapat dalam internet terdapat
sesetengahnya merupakan maklumat negatif seperti cerita, video dan gambar yang
tidak elok. Melalui internet, masyarakat yang berfikiran
kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh
menjurus ke arah pemikiran negatif.
- 3. Pendidikan Agama yang Kurang
Pendidikan agama sangat penting dalam mencorak akhlak
seseorang remaja itu. Remaja yang mempunyai didikan agama yang tinggi mungkin
kurang untuk terjebak dalam masalah sosial seperti pergaulan bebas, melepak,
dan lain-lain. Berlainan pula dengan remaja yang kurang didikan agamanya.
- 4. Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan juga mempengaruhi dalam mencorak akhlak seseorang
remaja. Pengaruh
rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala
sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang
hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa
sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan
kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama
rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka
berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada
keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh
mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
- 5. Pengaruh Artis
Artis
juga turut menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan
remaja. Konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut
membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang
terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut
menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang
dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah
turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula, artis-artis
tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa
remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan
gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta
menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan
rosak minda para remaja.
Masalah gejala sosial di dalam
kalangan remaja yang berpunca daripada faktor diatas akan memberikan kesan dan
impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.
Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan
negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan
berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana
untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan
pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita
sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi
seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak
yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan
negara.
1. Individu
Seseorang insan yang dilahirkan
didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya
terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan
kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan
dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan
perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang
baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada
Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut
ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara.
Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang
mendalam pada diri seseorang remaja itu.
2. Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat
penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian
sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan
akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu
masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab
itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang
besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah
kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa
depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat
bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain
seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama
jenis dan masalah-masalah yang lain.
3. Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara,
agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu
masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan
masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan
datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling
ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung
dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda,
berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka
akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di
hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam
masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan
antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan
meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan
remaja semakin meningkat.
4. Negara
Implikasi utama terhadap negara
jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan
kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan
menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan
akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah
dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia
sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar
jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara
sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan,
kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam
hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti
pada hari ini tentulah serong dan buruk.
Kesimpulannya,
isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan
walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah
nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat
rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah
ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya
dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan
ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit
hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari
masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang
lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab
pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana
tersalah pilih kawan seperti kata-kata perumpamaan ini "jika kita berkawan
dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita
berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau
berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi
memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu
sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita
hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu
kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama
sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada tak pasal solat sunat
ReplyDeleteterbaik lah ditambah dgn lagu latar sangat menarik
ReplyDeletemohon copy ye :)
ReplyDelete