Bismillahirrahmanirrahim....Assalammualaikum...entri
ini ditulis kerana ia merupakan tugasan yang perlu saya lakukan untuk subjek Pengantar
Penulisan. Walaubagaimanapun, isu ini saya pilih adalah kerana saya juga
membangkang isu pengharaman purdah di kalangan mahasiswi IPT. Hal ini adalah
kerana, saya juga mempunyai cita-cita untuk berniqab… InsyaAllah..
Isu
ini terjadi adalah kerana ramai oaring diluar sana yang masih tidak tahu
tentang apa itu niqab dan hukum-hukumnya. Jadi, disini saya ingin menberitahu
serba sedikit berkaitan niqab, hukumnya dan pendapat dari empat mazhab. Saya
masih belajar mendalami agama Islam, jika ada terkurang atau tersilap di
mana-mana, saya harap ada yang sudi perbetulkan saya..
Apa itu NIQAB / PURDAH?
Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar
Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara
lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka
sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.
Pendapat 4 Mazhab.
Mazhab Hanafi
Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat,
namun memakai purdah hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika
dikhawatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
* Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في
الأصح ، وهو المختار
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan
telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih
dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)
* Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية
، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف
وجهها بين الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan
telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian
juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung
menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki” (Ad
Durr Al Muntaqa, 81)
* Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت
شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun
wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai
sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan” (Ad Durr Al
Mukhtar, 2/189)
* Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ،
لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir
akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah
dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar,
3/188-189)
* Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال
في زماننا للفتنة
“Para ulama mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi
wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita
ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)
Beliau berkata demikian di zaman beliau, (wafat pada
tahun 970 H), bagaimana dengan zaman kita sekarang?
Mazhab Malik
Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita bukanlah
aurat, namun memakai purdah hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika
dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki
berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
* Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع
جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما
مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر
لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah
seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat.
Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat
oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat
ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah
atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram,
sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al
Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
* Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا
لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ
ويعرض عندها
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya
mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan
darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada
badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam
sebuah persoalan)” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)
* Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن
المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت
عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki –
berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak
tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita
tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya” (Tafsir Al
Qurthubi, 12/229)
* Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه
والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ،
وهو ظاهر التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka
wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi
Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan
inilah pendapat yang lebih tepat” (Mawahib Jaliil, 499)
* Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani
di atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور
المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ،
وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في
شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam
kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab
Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa
hukumnya wajib. Sebahagian ulama bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa
hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini
dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah
memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah”
(Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)
Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki
ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita
memakai purdah di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat mu’tamad mazhab
Syafi’ie.
* Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل
بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى
الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي
ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat
-sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak
tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh
termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat
ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan
paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند
النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند
الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain
wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita
muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar
hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh
badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul
Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه
عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan
adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita
adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)
* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين .
ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah
telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan
telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum
keduanya cenderung menimbulkan fitnah” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul
Muhtaaj, 3/115)
* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar,
berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة
إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما
يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang
bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat.
Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi.
Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan
kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)”
(Kifaayatul Akhyaar, 181)
Mazhab Hambali
* Imam Ahmad bin Hambal berkata:
* Imam Ahmad bin Hambal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula
kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)
* Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis
Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في
الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها
بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat,
termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar
Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di
luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di
hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga
paha” (Raudhul Murbi’, 140)
* Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل
أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم
، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah
mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang
disebutkan di dalam ayat‘. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam
Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh
menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki / sarung kaki), kerana khuf
itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat
semacam kancing tekan di bahagian tangan’” (Al Furu’, 601-602)
* Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika
menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة «
عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah
aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya”
(Kasyful Qanaa’, 309)
* Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال
الأجانب
“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib
hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi” (Fatwa Nurun
‘Alad Darb, http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4913.shtml)
Isu Pengharaman Pemakaian Purdah Di
IPT.
Sekarang
ini ramai yang membahaskan tentang isu pengharaman pemakaian purdah oleh
mahasiswi IPT. Isu ini bermula apabila isu pengharaman pemakaian purdah di
kalangan Universiti Al-Azhar berlaku. Oleh itu terdapat beberapa Universiti
tempatan yang mengikut jejak langkah tersebut dan mengharamkan pemakaian purdah
oleh mahasisiwi di dalam kampus.
Isu ini
terjadi apabila terdapatnya kes dimana terdapat seorang pelajar lelaki yang
berpakaian perempuan dan berpurdah yang masuk ke hostel perempuan untuk tujuan
yang tidak baik. Oleh itu, pihak Universiti mengambil tindakan mengharamkan
pemakaian purdah dikalangan mahasiswi di Universiti.
Tambahan
lagi, pihak Unversiti telah menjelaskan bahawa isu pengharaman ini adalah untuk
tujuan keselamatan, mengelak peniruan di kalangan pelajar dan membolehkan
pensyarah mengenal pelajarnya.
Walaubagaimanapun,
berdasarkan tinjauan terhadap pensyarah, mereka tidak mempunyai apa-apa masalah
dengan pelajar yang berpurdah. Mereka masih dapat mengenal pelajar mereka
walaupun pelajar mereka berpurdah. Jadi, disini tidak timbul isu dimana
pensyarah tidak kenal akan pelajarnya.
Isu ini
merupakan isu yang sensitif kerana ia melibatkan isu agama. Disini saya ingin
menyatakan penyelesaian yang diutarakan oleh TNC UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul
Karim, sewaktu perbincangan bersama beberapa orang mahasiswa/wi tengah hari 22
September 2013, iaitu tidak salah sekiranya pemakai purdah diminta untuk
membuka purdah hanya untuk pengecaman muka dan mengelakkan penipuan berlaku
sewaktu peperiksaan berjalan. Bukannya terus mengharamkan pemakaian purdah di
kalangan mahasiswi.
Isu
ini masih berada di peringkat pembincangan. Saya sebagai salah seorang
mahasiswi yang mempunyai sahabat yang berniqab berharap sangat bahawa isu ini
dapat diketengahkan. Negara kita merupakan negara Islam, pendapat saya tidak
salah sekiranya kita mengikut apa yang dianjurkan oleh Agama Islam. Berniqab
bukanlah suatu kesalahan tetapi ia menaik dan menjaga kehormatan sesorang
wanita Islam itu sendiri. Wanita berniqab juga dapat membantu negara dalam
mengurangkan kes jenayah rogol yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Jadi
disini, saya tidak nampak dimana masalahnya jika seorang wanita atau mahasiswi
itu berniqab atau berpurdah. Malah ia membantu bukan sahaja mahasiswi itu
sendiri, tetapi ia juga membantu agama, bangsa dan negara. Wallahualam. Saya
memohon maaf jika entri ini ada menyinggung mana-mana pihak. Di sini, saya
hanya melontarkan pendapat saya dan hanya menyiapkan tugasan yang diberikan
kepada saya.
DISEBALIK PURDAH ITU
Disebalik purdah itu,
terpahat suatu keindahan, ukiran dan goresan
daripada Maha Pencipta...
Disebalik purdah itu,
terpancar cahaya Iman, yang melindungi si pemakainya
daripada fitnah dunia...
Dan,
Disebalik purdah itu, tersimpan suatu rahsia
Kunci rasia itu berada pada yang berhak memilikinya,
sebagai hadiah terunggul,
daripada Yang Maha Esa..
No comments:
Post a Comment