Friday 20 September 2013

BABAI MAK!!! (KJA SKULA BM)

BABAI MAK!!!
            Suatu petang di sebuah pasaraya Bestari, seorang lelaki muda tengah berjalan di  bahagian barang-barang dapur. Kemudian, ketika melintasi bahagian sardin dia terperasan seorang perempuan tua asyik memandangnya  dengan mata yang tidak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik dan dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia terperasan lagi yang perempuan tua itu masih juga memandang dan mengekorinya. Lelaki muda itu terus buat tidak tahu kerana dia menganggap itu mungkin cuma perasaannya saja.           
          Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda  itu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi itu cepat-cepat  memintas dan berdiri di depannya "maafkan makcik nak!!" kata  perempuan itu. "Makcik minta maaf banyak-banyak sekiranya anak tidak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang telah meninggal dunia bulan lepas". Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia  faham kenapa perempuan itu asyik sahaja memandangnya. Timbul rasa kesian  di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu  permintaan kecil kalau anak tak keberatan”  kata perempuan itu.  "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan  cakap 'babai... mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat  tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tu pada  makcik". "Oh boleh, takde  masalah" kata lelaki muda itu.
            Setelah jurujual memasukkan semua  barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan  keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda  itu pun melambaikan tangannya kembali sambil melaung "Babai,mak!!! !". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke kaunter pembayaran untuk  membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata jurujual pasaraya tersebut. Terkejut lelaki muda itu terkejut mendengar kata-kata jurujual tersebut."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit je macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki  itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!"  kata cashier tu. "Haah???????!!!!".... Disebabkan niat baik lelaki muda itu, dia telah ditipu oleh makcik tua tersebut hidup-hidup. Tamat…. hehehe....                                              

No comments:

Post a Comment