Wednesday 18 September 2013

>3 AKU HAMBA YANG HINA >3

Aku hanya hamba yang hina,
yang selalu melakukan kesalahan,
yang selalu melakukan dosa,
tidak kira kepada manusia,
mahupun Pencipta-NYA.....

Aku hanya hamba yang hina,
yang selalu ingin berubah ke arah kebaikan,
tetapi nafsu dihati ini,
selalu berjaya mengalahkan diri,
disebabkan keimanan yang sedikit...

Aku hanya hamba yang hina,
yang mempunyai impian besar,
untuk mendapat syurga Allah, 
tetapi aku tidak yakin, 
apakah diri ini layak untuk syurga MU YA ALLAH...

Aku hanya hamba yang hina,
yang teralalu takut,
untuk berdepan dengan neraka MU YA ALLAH, 
kerana aku tahu,
tiada satupun hamba-MU yang sanggup menanggung neraka-MU...

Aku hanya hamba yang hina, 
yang selalu ingin patuh kepada Al-QURAN dan SUNNAH,
tetapi syaitan disekelilingku,
tidak pernah lelah untuk melemahkan ku,
sehingga aku,
yang menjadi lelah untuk meneruskan perjuaganku....

Aku hanya hamba yang hina,
walaupunku lemah,
walaupunku takut,
walaupunku jatuh tersungkur dalam perangkap syaitan,
diri ini tetap akan berusaha,
untuk kuat kembali,
untuk berani,
untuk bangun semula,
kerana aku tahu,
pintu tauba Pencipta ku, selalu ada buat diriku,
selagi ajal belum menjemput ku,
selagi itu aku punya waktu untuk bertaubat kepada-MU YA ALLAH...

AKU HANYA HAMBA YANG HINA...

No comments:

Post a Comment